Khidmat Rawatan Santau Di Shah Alam
Monday, 4 April 2011
PENDINDING DARI TERKENA SANTAU
Para pembaca blog disyorkan mengamalkan ayat diatas dengan membaca dalam hati sebanyakk 3x sebelum menjamah sebarang minuman/makanan,insyaAllah anda terhindar dari terkena sihir santau.
MENGAPA SANTAU MENJADI BERBAHAYA ?
Sihir santau menjadi begitu berbahaya dan membawa maut kerana 3 faktor,pertama ialah pesakit terlalu lalai beramal seperti tidak mahu solat ataupun membaca al quran.Kedua ialah pesakit santau sering berubat dengan bomoh ataupun doktor moden,disini jika sakit tidak kena dengan ubatnya secara tak langsung akan menyebabkan bisa santau melarat dari hari kehari.Faktor ketiga pula ialah pesakit kerap mengambil makanan larangan santau seperti kerap minum air limau,makan nanas,makanan pedas dan sebagainya.
PANTANG LARANG PESAKIT SANTAU
Pesakit santau perlu berpantang selama sebulan dari tarikh mula rawatan,pantangnya ialah pesakit santau elakkan mengambil minuman seperti limau nipis/fresh orrange,makanan yang terlalu bergaram,makanan bercuka seperti jeruk,rebung,nanas dan makanan pedas.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT RACUN SANTAU
Bomoh selalunya akan membuat racun santau menggunakan 3 bahan sinonim seperti kaca,rambut dan miang buluh.
KAEDAH RAWATAN SANTAU
Kaedah rawatan santau kami ialah perawat akan membacakan ayat-ayat pembatal sihir santau pada air mineral,madu dan juga kepada pesakit,pesakit perlu minum madu beserta air doa selama seminggu untuk menawarkan segala racun santau yang mengalir pada aliran darah.
APA ITU SIHIR SANTAU ?
Santau adalah sejenis cabang sihir yang kerap berlaku di Asia Tenggara dan ia menggunakan 2 kaedah sama ada kaedah santau melalui angin mahupun melalui makanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





